Benar-benar cinta ku telah pergi..



Hari terus berlalu..berganti hari demi hari...
Masa terus meninggalkan...
dan terus pantas berlalu...
Rindu dihati belum terubat...pilu dijiwa makin meronta...

Membawa sekeping hati yg luka..
berjalan tenang menuju redha...
Kau masih senyap...dan aku yakin...
dengan keputusan mu...

Kau berlalu...dan tak perlukan aku...
Aku sedar....siapa ku dihatimu....insan yang hanya mendatangkan masalah saja...
Aku ke kelas sendirian...makan...tidur...study...dah tak berteman...
Mungkin aku patut berjalan...melangkah ke depan...
dan kau masih ku sayang...



Kau menjauh..





kini kau jauh...hilang dari hati...
pergi utk jauh...dan terus pergi..
hati ku kurang...tak sempurna dan hilang..
longlai..remuk...rindu...hati ku

sendirian memujuk diri...
berdikari mengasuh hati..
belajar mencintai hati...
cinta kau sudah jauh...
buat diri makin jatuh..

Cinta dan Sayang..


hidup disayangi tak semesti dicintai..
hidup dicintai tak selamanya selalu dicintai..
saat berubah...jam berdetik..masa meninggalkan..
namun terima hakikat yang cinta tak selalu dimiliki...

andai boleh mengawal hati..beri aku cinta...
selamanya dan selamanya...dan tak kan pergi..
kerna cinta pergi menyakiti dan menyiksa..
namun apa kan daya..aku insan biasa yang tak berkuasa...



selamat malam cinta...



biar malam ini hanya aku mimpikan mu...
biar kita hanya berjumpa di khayalan saja...
di khayalan mimpi sementara...
dah cukup mengubati rindu ku pada si dia..

moga tidur ku ditemani bahagia cintanya..
walaupun hanya sementara...
dimimpi dan bukan alam nyata..
tapi aku tersenyum...dibuaian asmara..


Penganugerahan Beret Hijau Komando Sempena Upacara Penutup Kursus Komando


MERSING 22 Okt - Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar selaku Kolonel Komandan Gerak Khas telah mencemar duli menganugerahkan Beret Hijau Kehormat Komando kepada anakanda baginda, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim Hassanal Jefri.Upacara ini adalah bersempena dengan Upacara Tamat Kursus Asas Komando Siri 2/2011 bertempat di Pantai Air Papan.Berangkat sama menyaksikan upacara ini Tunku Mahkota Johor, DYAM Tunku Ismail dan Tengku Temenggong Johor, YAM Tunku Idris.
Berbekalkan iltizam dan semangat yang tinggi untuk memperkasakan kepemimpinan, Tunku Abdul Rahman meningkatkan kemahiran dengan mengikuti kursus Pegawai Muda Infantri di Pusat Latihan (PULADA UluTiram), Johor dari Feb hingga Jun 2010.

Upacara Penutup Kursus Asas ini telah disempurnakan oleh Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Mazelan Kasap.Hadir sama YB Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, Panglima GGK, Brig Jen Effendi Hj Ab Karim, Pegawai-pegawai Kanan GGK serta para keluaga anggota yang menamatkan kursus.
    
Kursus Asas Komando kali ini memperlihatkan hanya seramai 5 pegawai dan 23 LLP yang layak serta berjaya menamatkan kursus selama 12 minggu. Ini menunjukan hanya yang benar-benar mampu dan mempuyai ketahanan fizikal dan mental yang tinggi layak bergelar ‘Komando’. Demikian kata-kata Mej Jen Dato’ Mazelan Kasap semasa memyempurnakan upacara penutup ini.

Menurutnya lagi, kesungguhan, minat dan komitmen yang tinggi adalah prinsip utama untuk mereka mengharungi segala pahit getir dan seterusnya berjaya menamat kursus ini.Bagi yang berjaya menamatkan latihan meraka akan dianugerah Beret Hijau, Pisau Komando dan Diploma.

Tambahannya lagi, sesungguhnya seorang anggota Beret Hijau adalah wira yang bertatatertib tinggi, sentiasa memegang teguh kepada sumpah Perajurit Komando sepertimana yang telah dilafazkan. Untuk itu sekali lagi beliau menyarankan agar kotakan ikrar yang dilafazkan yang disaksikan oleh ibu bapa serta keluarga masing-masing.

Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia..


Bagaikan Hero bagi Negeri Sembilan, Hairudin Omar pastinya heboh diperkatakan oleh semua orang..bagaikan Hero menentang sang penyu..Hobin Jang Hobin..ternyata penyu menangis pulang...tak pe ye..akan datang cuba lagi ye.. ;)

Indahnya Jika Di Cintai..



Indahnya jika diri ini dicintai..di sayangi dan dikasihi...biar dicintai selama lamanya tanpa ada noktah, setiap dibumi pasti ada pasangan nya, hidup sentiasa berdua, mencintai dan dicintai, bahagia selamanya..kadang kala cinta itu datang, dan ada kalanya pergi tanpa kita sendiri pinta, jangan pernah memaksa cinta, biarkan ia datang ikhlas dari lubuk hati yang setia..

Cinta harus dimiliki setiap insan, yang dahagakan kasih sayang, senantiasa menantikan kebahagian itu muncul, dan yang sedang menikmati, menginginkan ia kekal sepanjang hayat kita, cinta pasti datang, tanpa ada sesiapa pun menjemput nya, ditemani kebahagian yang terus mencurah...pasti itu penanda yang cinta itu adalah satu anugerah.

Mendung semalam..


langit terus hitam...awan terus kelam..
yang tinggal cuma bumi menunggu hujan..
hujan tak turun..tunggu dengan penuh harapan..
tapi langit...masih juga hitam...

hati makin keruan...fikir tanpa arah tujuan...
terus menunggu dan menunggukan..
mungkin hujan tak kan datang..
aku kecewa...hairan...pengsan...

mungkin sudah tertulis satu suratan...
pengharapan tinggal pengharapan...
hujan tak datang..tapi lontarkan kesedihan...
bumi terus kesedihan..dan kamu itu adalah hujan..

sepi menemani hati...


aku sendiri lagi...hari ini..
rindu pada mu setengah mati..
entah apa mungkin bisa jadi nanti..
aku terus disini...sepi...teman hati ini...

sunyi...sepi...itu aku punya hati..
cinta..sayang..kasih..dah lama pergi..
namun yang ada..cuma sekeping hati...
hati sepi...ditinggalkan..kekasih hati...

puas aku pujuk..dodoikan..manjakan hati...
dia nangis lagi..dia merajuk lagi..dia sendiri..
kesian hati...sunyi dan sepi terus dihantui...
biar diri temani sendiri..hati yang sepi ini...