Penganugerahan Beret Hijau Komando Sempena Upacara Penutup Kursus Komando


MERSING 22 Okt - Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar selaku Kolonel Komandan Gerak Khas telah mencemar duli menganugerahkan Beret Hijau Kehormat Komando kepada anakanda baginda, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim Hassanal Jefri.Upacara ini adalah bersempena dengan Upacara Tamat Kursus Asas Komando Siri 2/2011 bertempat di Pantai Air Papan.Berangkat sama menyaksikan upacara ini Tunku Mahkota Johor, DYAM Tunku Ismail dan Tengku Temenggong Johor, YAM Tunku Idris.
Berbekalkan iltizam dan semangat yang tinggi untuk memperkasakan kepemimpinan, Tunku Abdul Rahman meningkatkan kemahiran dengan mengikuti kursus Pegawai Muda Infantri di Pusat Latihan (PULADA UluTiram), Johor dari Feb hingga Jun 2010.

Upacara Penutup Kursus Asas ini telah disempurnakan oleh Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Mazelan Kasap.Hadir sama YB Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, Panglima GGK, Brig Jen Effendi Hj Ab Karim, Pegawai-pegawai Kanan GGK serta para keluaga anggota yang menamatkan kursus.
    
Kursus Asas Komando kali ini memperlihatkan hanya seramai 5 pegawai dan 23 LLP yang layak serta berjaya menamatkan kursus selama 12 minggu. Ini menunjukan hanya yang benar-benar mampu dan mempuyai ketahanan fizikal dan mental yang tinggi layak bergelar ‘Komando’. Demikian kata-kata Mej Jen Dato’ Mazelan Kasap semasa memyempurnakan upacara penutup ini.

Menurutnya lagi, kesungguhan, minat dan komitmen yang tinggi adalah prinsip utama untuk mereka mengharungi segala pahit getir dan seterusnya berjaya menamat kursus ini.Bagi yang berjaya menamatkan latihan meraka akan dianugerah Beret Hijau, Pisau Komando dan Diploma.

Tambahannya lagi, sesungguhnya seorang anggota Beret Hijau adalah wira yang bertatatertib tinggi, sentiasa memegang teguh kepada sumpah Perajurit Komando sepertimana yang telah dilafazkan. Untuk itu sekali lagi beliau menyarankan agar kotakan ikrar yang dilafazkan yang disaksikan oleh ibu bapa serta keluarga masing-masing.

0 comments: